Tuesday, 14 May 2013

Soalan 1 : KASIH SEORANG IBU




Tik…. Tik…. Tik…… SELAMAT HARI IBU………… HAPPY MOTHER’S DAY……… akhirnya sambutan hari ibu menjelma lagi. Sambutan hari ibu akan disambung pada setiap bulan 5. Walaupun begitu, sambutan hari ibu tidak mempunyai tarikh yang tetap. Tetapi,kebiasaannya kita akan menyambutnya pada bulan 5 minggu ke2 pada hari ahad. Walaupun begitu, terdapat kata-kata yang mengatakan umat islam tidak patut menyambut hari ibu. Ini kerana, sepatutnya setiap hari merupakan hari ibu. Bagi aku yang penting niat kita untuk meraikan ibu kita yang telah penat melayan kita sejak kecil. Tetapi, itulah beza diantara kasih seorang ibu dan kasih anak. Kasih seorang ibu akan sentiasa ada untuk anak-anaknya, tetapi kasih serorang anak hanya meraikan ibunya pada sambutan hari ibu. Aku pernah mendengar bebrapa ayat seperti:

“seorang ibu mampu menguruskan sepuluh orang anak,
 tetapi sepuluh orang anak belum tentu mampu mengurus seorang ibu.”

Kata-kata diatas ini telah menunjukkan betapa kasihnya seorang ibu kepada anak-anaknya. Betapa hebatnya insane yang digelar ibu ini. Mereka sanggup lakukan apa sahaja tanpa berasa malu. Sejak kecil lagi kita telah dilatih untuk memanggil ibu. Perkataan pertama yang keluar dari mulut kita adalah ibu. Bukan setakat itu sahaja. Terdapat pelbagai panggilan untuk seorang yang bernama ibu. Kita sering dengar panggilan ibu….. emak…. umi….. mama… mami…. amma….. dan adakala omma. Gara-gara taksub dengan cerita korea. Ibu adalah orang yang amat penting dalam hidup setiap manusia selain ayah. Untuk menampakkan lagi kehebatan insan yang bergelar ibu ini, beliau inilah yang telah membawa kita kemana saja beliau pergi selama 9 bulan 10 hari dalam kandungan. Ianya diibarat seperti membawa beban seorang anak kecil yang adakalanya menaiki tangga, berjalan jauh dan melakukan kerja-kerja berat. Walaupun begitu, tidak pernah sekali pun mereka mengeluh kepenatan kerana membawa kita. Bahkan mereka merasa gembira, senang hati dan rela hati membawa kita. Begitulah hebat dan kuatnya seorang yang bergelar ibu. Bukan itu sahaja, setiap kali terdengarkan lagu:

            “ibu…ibu….engkaulah ratu hatiku,
             Bila ku berduka,
             Engkau hiburkan selalu,
             Ibu…..ibu…. engkaulah ratu hatiku.”

Pasti semua orang akan teringat kepada ibu masing-masing. Liriknya yang cukup mudah tetapi menyentuh hati kita dan penuh dengan makna-makna. Apabila kita merasa susah dan berduka, ibulah orang pertama yang akan sentiasa ada untuk menhiburkan kita tanpa rasa jemu. Bukan itu sahaja, terdapat banyak lagi lagu yang telah direka khas untuk insane yang digelar ibu seperti untukmu ibu – Exist, mama – Boyz II Men, mama – Spice Girl dan banyak lagi. Mereka inilah yang sentiasa tanpa berkata tidak memberikan kita semangat dan menjadi seorang pendengar yang setia tanpa menjadi juri. Beliau mendengar tanpa penat. Mereka inilah yang akan menjadi burung hantu ketika kita tidak sihat. Walaupun mereka mengantuk, mereka akan memastikan anak-anak mereka dalam keadaan selesa. Meletakkan tuala di dahi, memberi ubat, membasuh muntah. Mereka lakukannya tanpa rasa marah dan tertekan, tetapi mereka tenangkan kita dengan suara yang lembut, belai kita dengan manjanya semata-mata supaya kita rasa selesa walaupun ketika itu kita tidak sihat.

Kuatnya seorang ibu ini dapat dilihat apabila mereka boleh melakukan berbagai jenis kerja. Beliau akan menjadi guru, ketika mengajar kita ketika kita masih kecil. Beliau akan menjadi hakim, ketika anak-anaknya bergaduh sesame sendiri. Beliau akan menjadi kawan, ketika anak-anaknya meluahkan perasaan.  Beliau menjadi pelawak, ketika anak-anaknya bersedih. Beliau akan menjadi doctor, ketika anak-anaknya mengalami luka, demam dan sebagainya. Beliau akan menjadi polis, ketika anak-anaknya melakukan kesalahan. Beliau akan menjadi chef, ketika anak-anaknya kelaparan. Beliau akan menjadi ceti, ketika anak-anaknya memerlukan duit. Beliau akan menjadi pakar motivasi, ketika anak-anaknya memerlukan nasihat dan pendapat daripadanya.

Bak kata orang, doa seorang ibu itu adalah doa yang akan termakbul. Jadi betullah kata orang tersebut yang doa seorang ibu itu akan termakbul tidak kiralah beliau mendoakan kebaikkan atau sebaliknya. Ada sebuah kisah yang aku alami, aku masih teringat lagi. Masa itu aku masih di darjah 5. Ketika itu, ada perkhemahan yang dibuat oleh sekolahku dan aku ingin sangat pergi. Pada mulanya, ibuku tidak membenarkan aku pergi, tetapi ketika itu aku masih kecil dan asyik mahu mengikut kataku sahaja dan akhirnya ibuku membenarkan aku pergi di dalam keberatan. ALLAH itu maha Agung, akhirnya perkhemahan tersebut batal kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan. Moral untuk kisah ini, apa sahaja yang kita lakukan mestilah mempunyai restu daripada kedua ibubapa kita. Bukan itu sahaja, orang yang perlu kita taati selain ayah adalah ibu, seperti Abu Hurairah radhiallahu 'anh pernah berkata:

Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:

“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu.”

Bagi kisah kedua pula ialah apabila seorang sahabat bernama Jahimah radhiallahu 'anh datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallammeminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspedisi Jihad.

Rasulullah bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ibu?”
Jahimah menjawab: “Ya.”
Lalu Rasulullah bersabda:
“Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.”

Begitulah besarnya nilai atau pentingnya seorang ibu. Sehingga mereka telah diangkat tiga kali ganda berbanding ayah. Jika kita lihat sejak kita kecil lagi, ibulah yang sering ada untuk kita. Ibulah yang memberi kita susu, menyuapkan makanan kepada kita, memandikan kita dengan sentuhan yang lembut, bangun awal semata-mata untuk menyediakan bekalan untuk kita, memastikan kita mendapat sarapan pagi yang berkhasiat, yang menghantar kita kesekolah. Bukan itu sahaja, tanpa seorang ibu kita tidak akan ada di dunia ini untuk melihat keindahan dunia ini. Kita juga sering dengar awaklah cinta pertama saya, you are my first bestfriend. Tapi kita lupa bahawa kebanyakkan perkara pertama yang berlaku dalam hidup kita adalah bersama ibu kita. Beliaulah yang pertama memberikan kita makan. Sebaik sahaja kita lahir, beliaulah orang pertama yang memeluk kita dengan penuh kasih sayang. Ibu jugalah yang pertama merasa sangat gembira melihat kita membesar dari merangkak, duduk, berdiri dan berjalan sendiri. Segala kemahuan kita pasti akan dituruti. Semua itu membuatkan seorang ibu itu sangat gembira.

Ketika kita masih bayi, ibulah yang akan berjaga untuk memastikan kita tidak lapar dan tidur dengan nyenyaknya walaupun ketika itu beliau amat penat dan mengantuk. Adakalanya, beliau akan melayan kerenah kita untuk bermain walaupun ketika itu semua orang sedang dibuai mimpi-mimpi indah. Walaupun begitu, tidak pernah setitik pun mereka mengeluh dan marah. Ibu merupakan salah seorang yang mempunyai kesabaran yang amat tinggi. Ibu akan mendukung kita ketika kita menangis walaupun ketika tu tangan nya sudah kebas. Tetapi ibu tidak pernah kisah. Yang hanya mereka kisahkan adalah untuk memastikan kita selesa. Ibu jugalah orang yang paling sibuk ketika kita memulakan persekolahan. Tetapi, ianya bukan berhenti disitu sahaja. Ianya berterusan sehingga kita masuk ke university dan berkahwin. Seorang ibu pasti akan memastikan segala keperluan dan persiapan adalah sempurna. Untuk apa?.....hanya untuk memastikan kesenangan di pihak anak. Adakalanya, walau sesibuk manapun seorang ibu, mereka pasti akan menelefon ke rumah untuk memastikan anak-anaknya sudah makan atau belum.

Firman Allah SWT dalam surah al-Israk ayat 23-24:
Maksudnya:“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

Seorang ibu juga sanggup bersusah payah, berlapar untuk memastikan anak-anaknya senang dan kenyang. Tetapi kita sebagai anak selalu tidak mengambil endah dengan pengorbanan ibu. Kita sering ambil sambil lewa sahaja. Ketika kita kecil, mereka akan melayan kerenah kita tanpa rasa penat dan jemu. Adakalanya, walaupun mereke telah penat ketika pulang dari kerja, tetapi didepan kita, ibu akan sentiasa memberi senyuman yang paling manis dan melayan kita dengan mesra. Seorang ibu itu juga sanggup melakukan apa sahaja jenis pekerjaan untuk memastikan anak-anaknya senang. Tetapi selalunya kita sebagai anak tidak pernah menghargai apa yang telah ibu lakukan.

Kasihnya seorang ibu itu, terpancar apabila bagaimana jahat sekalipun seorang anak itu. Tidak kiralah apa yang anak lakukan, si ibu tetap akan mengasihi anaknya sepenuh hati dan akan sentiasa sedia untuk memaafkan kesalahan anak itu. Bukan itu sahaja, seorang ibu juga tidak pernah meminta segala jasanya dibalas, tetapi merekalah orang yang paling gembira apabila anak-anaknya ingat dan membalas jasanya.

Kesimpulanya:
Ibu merupakan orang yang paling penting selain ayah. Ibu juga adalah orang yang perlu kita hormati. Setiap kata yang keluar daripada mulutnya adalah nasihat yang amat berguna untuk anaknya. Seorang ibu akan sentiasa bersedia mengharungi segala badai yang melanda semata-mata untuk memastikan anak-anaknya dalam keadaan selamat dan selesa. Hargailah ibu-ibu kamu sementara mereka masih ada dimuka dunia ini. Layanlah mereka sebagaimana mereka melayan kerenah dan keletah kamu ketika kamu masih kecil. Janganlah melawan dan menderhaka kepada ibu. Ini kerana, syurga dibawah telapak kaki ibu.


Mutiara kata
Tidak ada sutera yang begitu lembut seperti belaian seorang ibu,
Tidak ada tempat yang paling nyaman selain pangkuan seorang ibu,
Tak ada bunga yang lebih cantik selain senyummu,
Tak ada jalan yang begitu berbunga-bunga seperti yang dicetak dengan langkah kakimu.
Kau adalah alasan kenapa aku ada.



Ibuku & aku

Soalan 2 : PENGEMBARAAN DI MELAKA BANDAR BERSEJARAH


MELAKA BANDAR BERSEJARAH

 Melaka Bandar bersejarah. Bila dengar sahaja Melaka, mesti dalam fikiran kita mata pelajaran sejarah.  Semasa berburu di muara Sungai Bertam, Parameswara ternampak seekor pelanduk menendang salah seekor daripada anjing-anjing pemburunya. Parameswara tertarik dengan kegagahan pelanduk itu lalu beliau memutuskan membina sebuah penempatan di kawasan tersebut. Selepas menanyakan nama pokok (Pokok Melaka) yang diteduhnya, Parameswara menamakan tempat itu "Melaka". Mesti terbayangkan cikgu sejarah kita bercakap macam tukan.

HARI PERTAMA

Tapi sebenarnya, tak dela aku berfikir sampai macam tu sekali. Yang sebenarnya aku cukup teruja nak pergi Melaka kali ini. Mana tidaknya, kali ini adalah pengembaraan keluarga besar Shamsuddin ke Melaka. Opsss….. sebelum terlupa. Shamsuddin tu arwah atuk aku sebelah mak. Semua adik beradik sebelah mak aku dan keluarga mereka turun sekali untuk percutian kali ini.  Kami yang pangkat anak-anak ni telah berbincang dahulu dan merancang perjalanan dengan menggunakan whatsapp sebagai cara kami berhubung.
SESAMPAI DI MELAKA
Akhirnya, hari yang ditunggu telah tiba. Keluargaku merupakan keluarga yang terakhir tiba di Melaka. Tetapi tidak mengapa, aku terlalu teruja untuk meneruskan percutian ini.   Kami mulakan percutian ini dengan makan masak asam di Restoran Hajah Mona. Kita sedia  maklum  bahawa masak asam merupakan salah satu  makanan istimewa di Melaka. Pergh…. Memang sedap. Sangat lazat sehingga menjilat jari. Macam tulah rasanya.  Pada mulanya, aku bermnolog di dalam hati, sedap sangat ke sampai tiada tempat letak kereta dan penuh dengan orang. Rupa-rupanya memang sangat sedap Cuma mungkin pekerjanya agak malas kerana asyik dengan telefonnya sahaja. Kami semua panas hati melihat adegan itu. Takpelah, abaikan bahagian itu.
RESTORAN HAJAH MONA

JONKER WALK STREET
 Selepas kami selesai makan malam, pada mulanya aku ingat kami akan ke homestay dan aktiviti kami akan bermula esok. Rupa-rupanya salah seorang makcikku telah membuat rancangan pada malam itu. Selepas selesai  makan, kami telah berjalan  kaki beramai-ramai ke Jonker Walk Street. Mesti ramai tertanya-tanya apa itu Jonker Walk Street? Pada mulanya, aku pun tidak tahu apa itu Jonker Wlak Street. Tetapi, sampai sahaja aku di situ. Wahh… seronoknya.  Mesti ada yang terfikir, apa yang seronok sangat? Sebab disekeliling aku penuh dengan kedai yang menjual pelbagai jenis barang dan semuanya cantik dan comel. Aku pula merupakan seorang yang sangat suka berjalan di tempat sebegitu.  Aku pasti akan berhenti disetiap kedai danmembeli barang-barang yang aku rasakan unik dan pelik. Jadi kami semua telah berjalan hampir satu jam lebih dan akhirnya kami telah pergi ke tepi sungai dan mengambil gambar. Ini hanya merupakan permulaan gambar-gambar kami. Ini kerana, kami semua amat suka mengambil gambar  dan pasti kami akan berlari untuk memastikan diri kami ada didalam setiap gambar. Bilaku fikirkan kembali ianya agak lawak.


BERSEBELAHAN SUNGAI MELAKA

 Akhirnya kami pun pulang ke homestay. Setelah penat berjalan-jalan, aku dan yang lain bersiap sedia untuk tidur keran perjalan esok  pasti akan lebih menyeronokkan dan memenatkan. Tetapi , oleh kerana kami yang peringkat sepupu ini sudah lama tidak berjumpa, aku dan yang lain telah tidur agak lewat. Kami telah bercerita dan adakalanya membuat lawak sehinggalah salah seorang  makcikku memarahi kerana kami terlalu bising dan menganggu orang lain tidur.  Akhirnya, setelah dimarahi kerana mengganggu ketenteraman orang lain, kami pun tidur dengan nyenyaknya.


HARI KEDUA

MEE BODOH
“Bangun….bangun…..bangun….tu  la…semalam suruh tidur awal…..ter cet..cet…tercet…..cet…kan dah liat nak bangun” kata salah seorang makcikku mengejutkan kami. Dengan rasa ngantuk yang berbaki dan malas kami bangun juga sebab pagi ini kami akan pergi sarapan di kedai mee bodoh. Mesti semua pelik lagi. Apasal pula nama nya mee bodoh. Nama kedainya lain tetapi disebabkan mee bodohnya itu dikatakan sangat sedap dan cepat siapnya. Selepas semuanya sudah siap sedia, kami pun bergerak menuju ke kedai MEE BODOH. Seperti kanak-kanak tabika, setibanya kami semua di kedai makan itu, semuanya menjadi bising dan riuh. Adakalanya sudah seperti  anak burung menunggu ibunya memberi makan.

SARAPAN PAGI
Selepas selesai makan, kami pun meneruskan perjalanan kami ke Bandar Melaka. Mula-mula kami telah pergi ke Melaka River Cruise. Terujanya kami ketika itu. Semuanya sudah tidak sabra untuk menaiki bot yang telah disediakan. Bukannya tidak pernah naik bot sebelum ini tetapi apabila menaiki  beramai-ramai sedemikian, seronok la rasanya.  Melaka River Cruise ini mempunyai jarak 9 km dan mengambil masa  selama 45 minit untuk satu perjalanan penuh.  Melaka River Cruise ini akan membawa kita menyusuri  Sungai Melaka sambil melihat keindahan disekelilingnya yang terdiri daripada bangunan dan rumah-rumah kedai peninggalan era Belanda, rumah-rumah tradisional melayu dan seni-seni yang sangat menarik. Sambil aku melihat keindahan yang ada didepanku tiba-tiba salah seorang adik sedaraku menyanyi dengan kuatnya. Lama kelamaan kami semua turut menyanyi sekali. Bukannya kami tidak malu, tetapi hampir kesemua yanag ada di atas bot tersebut adalah terdiri daripada ahli keluarga besarku.  Oh bukan itu sahaja yang kami lakukan. Apa lagi, aku dan yang lain tidak berhenti-henti mengambil gambar.

MELAKA RIVER CRUISE
Selepas kami penat menaiki bot.bukanlah penat sangat, tetapi selepas kami selesai menaiki bot, kumpulan ibu-ibu telah pergi nke kedai untuk membeli barang. Cenderahati katanya. Bagi kami yang anak-anak ini pula, seronoklah kerana boleh minta ibu dan ayah belanja. Kami telah berjalan dari satu kedai ke satu kedai. Kami mula pergi ke dataran pahlawan dan akhirnmya ke Melaka Parade. Selepas kami penat membeli belah, kami pun meneruskan agenda seterusnya iaitu menaiki  Menara Taming Sari. Di atas Menara Taming Sari, kami dapat melihat keindahan Negeri Melaka dari sisi atas. Sangat cantik.  Turun sahaja kami daripada Menara Taming Sari, kami telah berjalan-jalan di taman berhampiran. Apa lagi….gambar…gambar dan gambar. Dah rasa macam artis terkenal sahaja. Tetapi sehingga suatu keadaan, tiba-tiba kami semua telah menyorak kuat. Kami ingatkan ada artis Bollywood datang untuk perfileman. Rupa-rupanya  kedua pak andak dan mak andakku membuat ‘posing’  seperti ala-ala Bollywood di atas keretapi yang ada disitu. Antara banyak-banyak gambar yang ada, adegan tersebut adalah salah satu gambar yang terbaik. Selepas 
PAK ANDAK & MAK ANDAK
SEPUPUKU
selesai berjalan-jalan kam pun siap sedia untuk pergi makan malam. Pada mulanya aku tidk tahu dimana kami akan makan, rupa-rupanya kami pergi makan ikan bakar. Tidak perlu dikeluarkan dengan kata-kata. Hanya melihat wajahku ketika itu telah menunjukkan betapa sedapnya. Tapi mungkin aku yang lapar…hahahaha…Seperti biasa, aura artisku dan yang lain telah keluar sekali lagi. Masa untuk bergambar. Chak…chak…chak…. Akhirnya makan kami pun tiba. Diketuai bacaan doa makan oleh abangku lalu kami pun mula makan dengan gembiranya. Pelbagai jenis lauk yang telah kami pilih. Ikan bakar, sotong salut tepung, otak-otak, nasi lemak, udang salut tepung dan banyak lagilah. Selepas kami selesai makan malam, kami pun pulang ke homestay untuk bersiap sedia bagi acara seterusnya. Bak kata orang ‘malam masih muda’. Opss jangan salah sangka. Aktiviti seterusnya adalah  bermain bowling. Semua ahli keluargaku akan bermain. Tidak kiralah tua ataupun muda.  Yang paling tidak disangka adalah maklangku yang telah lama tidak bermain tiba-tiba mendapat ‘strike’ ketika balingan bola pertama. Riuh seketika dikawasan bowling dengan suara kami. Pelbagai  gelagat dan gaya membaling bola dapatku lihat. Ada yang seperti pro da nada juga yang seperti membaling barang.
Suara kami riuh sekali lagi apabila salah seorang adik sedaraku yang pada mulanya penuh gaya seperti pro bertukar menjadi sebaliknya apabila bola yang dipegangnya itu terbalik ke belakang. Bukan hanya kami yang terkejut dengan keadaan itu, dia juga terkejut. Akhirnya, ianya telah menjadi bahan kami sepanjang malam itu. Akhirnya setelah bertungkus lumus kononya, aku telah berjaya mendapat tempat ke 4 dari kesemua ahli keluargaku. Ketika kami ingin pulang ke homestay, aku dan yanglain telah mencadangkan untuk pergi ke kedai mamak untuk minum. Klu orang ramai kata ‘ngeteh’.  Sebenarnya malam tersebut adalah malam terakhir percutian kami. Oleh itu, mak tehku telah menyediakan sedikit hadiah  untuk memeriahkan lagi majlis. Aku telah mendapat hadiah tempat ke lima bowling.  Hadiah paling terbaik adalah hadiah paling “spoting” yang dimenangi oleh maklangku. Sebungkus besar honeystar. 


TUNGGU TURN MAIN BOWLING
SUASANA RIUH
GAYA 'PRO'
Dan akhirnya, kami telah pulang ke homestay. Tetapi pada malam itu au dan dua adi sedaraku telah merancang untuk tidur di homestay kedua. Saja untuk lepak lebih lama bersama sepupu yang lain. Sebelum tidur pada malam itu, sekali lagi kami telah berbual sehingga lewat malam dan akhirnya kami terlelap kerana keletihan.
SESI PENYAMPAIAN HADIAH
Keesokkan harinya, kami agak liat bangun kerana telah tidur lewat.tetapi kami gagahkan juga. Selepas siap semua, kami telah mengemas pakaian dan sebagainya kerana pada hari itu kami semu akan pulang ke rumah masing-masing. Walaupun begitu, sebelum kami semua berpisah dan menuju ke destinasi masing-masing, sekali lagi kami telah pergi ke Restoran Haji Senin untuk makan kari kepala ikan. Orang kata, makanan disitu sedap dan betullah kata-kata itu. Memang benar-benar sedap. Setelah selesai makan, kami punbersiap sedia untuk pulang ke rumah. Sedihnya aku rasa kerana amat sukar untuk kami semua dapat berkumpul sebegini. Selalnya apabila kami rancang pasti ada yang tidak dapat pergi kerana urusan kerja, sekolah, belajar dan macam-macam. Aku harap, kami akan dapat berkumpul sebegini lagi dilain masa. Pada masa itu, aku akan pastikan yang kami akan merancang untuk pergi ke tempat yang lebih jauh dan lebih menyeronokan.

MAKAN TENGAHARI SEBELUM PULANG
MEMORI YANG TIDAK AKAN DILUPAKAN
KELUARGA BESAR SHAMSUDDIN
-MEMORI TERINDAH-

Soalan 3 : MEMORI DI SEKOLAH


Pada hari itu, semua orang kelam kabut, sibuk. Terutamanya kedua ibubapaku. Pada masa itu aku masih kecil. Umurku masih 5 tahun ketika itu. Aku cukup pelik kenapa ibubapaku cukup sibuk terutama sekali ibuku. Beliau mandikanku, siap pakaikan ku baju baru. Bukan itu sahaja, ibuku juga menyiapkan sarapan untukku. Ayahku pula, sibuk bersiap dan memanaskan enjin keretanya. Rupa-rupanya hari tersebut adalah hari pertama aku memasuki sekolah yang diberi nama Tabika Melodi. Ibubapaku sungguh teruja, tetapi aku biasalah hari pertama mestilah aku menangis kerana memikirkan ibubapaku akan meninggalkan aku sendiri disitu dan juga aku melihat terlalu ramai orang baru yang aku tidak kenali. Tetapi lama kelamaan, aku dapat menerima suasana tersebut. Aku sudah mempunyai ramai kawan baru. Aku sudah tidak menangis lagi. Walaupun begitu, sebab utama kenapa aku tidak menangis lagi adalah setiap pagi ayahku pasti akan membawa aku makan roti canai di kedai mamak sebelum beliau menghantarku ke tabika. Jika tidak pasti aku menangis dan membuat hal.

Aku masih ingat lagi di Tabika Melodi tersebut selain aku belajar ABC dan 123, aku juga turut belajar bahasa cina. Yang paling membanggakan diriku ini adalah setiap kali ujian aku pasti akan mendapat markah 100% untuk kertas bahasa cinaku. Lawak rasanya bila teringat suasana pada masa itu, sebenarnya bukan kerana aku pandai dalam bahasa cina. Tetapi semua jawapan bagi kertas tersebut ada terlekat disekeliling kelasku. Aku juga masih teringat, suatu hari ketikaku di tabika. Salah seorang rakanku telah memanggilku untuk melihat sesuatu di dalam begnya. Rupa-rupannya dia telah membawa seeokor anak arnab berwarna putih yang sangat comel. Dia membawa anak arnab itu keluar dan memberikan kepadaku untuk memegangnya. Semenjak hari itu, aku menyuruh ayahku membelikan seeokr arnab untukku. Tetapi aku sedih kerana arnab tersebut telah tiada lagi. oh... berbalik dengan kenanganku sewaktu sekolah. Walaupun aku masih di tabika, tetapi aku sangat aktif. Ini kerana, aku telah memasuki persembahan tarian moden dan juga bermain alat muzik pianika. Pianika ini adalah ala-ala piano kecil. Aku mahir dalam membaca note muzik. Itu adalah anggapanku ketika itu, tetapi sebenarnya semua murid di tabika tersebut memasuki persembahan tersebut. Cuma rezeki bagi diriku kerana aku terpilih untuk kedua-dua persembahan.

Setelah 2 tahun aku di tabika, akhirnya aku dapat lihat sekali lagi ibubapaku sibuk menguruskan diriku seperti hari pertama aku memasuki tabika. Rupa-rupanya, aku telahmemasuki darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Raja Muda, seksyen 4 Shah Alam. Akhirnya, aku telah memakai pakaian uniform sekolah berwarna biru tua. Untuk memudahkan aku ketika di sekolah, ibuku telah memakaikanku skirt berbanding baju kurung. Katanya senang untukku pergi ke tandas....hahaha... Seperti rakan-rakan lain, ibubapaku menungguku diluar kelas gara-gara takut aku menangis di dalam kelas. Aku pula, sikit-sikit pasti akan pandang ke luar. Sekiranya aku tidak melihat ibubapaku , mulalah aku menangis. Padahal ibubapaku ada disebalik pintu. Tapi semua itu berlaku hanya seminggu awal persekolahan sahaja. Setelah itu aku berjumpa kawan baru, ada yang tabika bersamaku dahulu dan ada juga dari tabika lain. Selalunya, aku dan kawanku pasti tidak sabar menunggu waktu rehat. Ini kerana, pada waktu itu kami akan ke kantin untuk membeli makanan. Adakalanya ibuku akan menyediakan bekal untukku dan adakalanya ayahku akan memberikan aku duit untuk membeli makanan. Aku merupakan salah seorang pelajar terbaik ketika aku di darjah 1 dan 2, tetapi semasa aku darjah 3 dan keatas aku telah turun ke kelas kedua. Bukan kerana aku tidak pandai, tetapi terlalu ramai murid yang pandai jadi kami telah dipecahkan kepada 2 kelas.

Semenjak dari darjah 2 lagi aku telah menjadi ahli perpustakaan. Aku amat meminati bidang ini kerana aku suka melihat buku-buku yang banyak tersusun di atas rak. Setiap hari aku pasti akan ke pusat sumber untuk menjalankan tugas bagi memastikan semua buku tersusun dengan baik. Aku telah menjadi ahli pusat sumber selama 3 tahun. Sehinggalah aku darjah 5. Mesti ramai tertanya kenapa aku tidak meneruskan tugasku itu sehingga darjah 6. Ini kerana, ketika aku darjah 6 aku telah mengikuti ayahku bertukar tempat kerja di Telok Datok, Kuala Langat. Hanya ALLAH yang tahu betapa sedihnya hatiku kerana terpaksa meninggalkan sekolahku dan rakan-rakanku. Tetapi apa boleh buat, aku kena mengikut ibubapaku.

Untuk darjah 6, aku telah bersekolah di MES iaitu Methodist English School. Gaya macam sekolah orang putih, tetapi sebenarnya, sekolah tersebut dipenuhi hampir kesemuanya berbangsa india termasuklah gurunya.  Aku cukup terkejut kerana salah seorang rakan kelasku yang baru bebangsa melayu boleh bertutur di dalam bahasa tamil dengan jayanya. Itu merupakan pengalaman baru bagi diriku. Bukan itu sahaja, terdapat banyak pengalaman abru yang aku dapat timba. Salah satu daripadanya adalah pada hari pertama aku memasuki MES. Opss.... bukan aku menangis. Tetapi pada ketika itu aku memakai uniform skirt kerana aku telah memakainya sejak dari darjah 1 lagi sehingga darjah 5. Hendak dijadikan cerita, pada hari pertama tersebut terdapat kelas pendidikan islam. Bagi mata pelajaran tersebut kami yang berbangsa melayu akan duduk di satu kelas lain dan murid berbangsa lain akan duduk dikelas yang lain. Apa yang cukup memeranjatkanku adalah, aku merupakan satu-satunya pelajar melayu perempuan yang memakai skirt dan tidak bertudung. Petang itu juga aku mengajak ibubapaku ke kedai untuk membeli baju kurung dan tudung. Bermula dari hari itulah aku telah memakai baju kurung dan tudung ketika disekolah.

Memang banyak pengalaman baru aku disekolah ini. Salah satu daripadanya ialah apabila hujan lebat, sekolahku pasti banjir. Tetapi tidaklah dalam sangat. Cuma sebagai kanak-kanak, aku teruja untuk bermain air. Selain itu, baru aku tau kenapa aku pandai dalam mata pelajaran matematik. Ini kerana, setiap hari kami akan menghadiri perhimpunan pagi dan setiap pagi pasti ada nama bertuah akan dipanggil untuk membacakan sifir di hadapan semua kelas. Oleh itu, aku akan pastikan aku menghafal semua sifir yang ada. Selain itu juga, guru matematik juga amat tegas orangnya. Setiap kali waktu mata pelajaran tersebut kami akan disuruh menulis sifir 1 hingga 12 dan orang yang terakhir siap akan didenda. Oleh itu, aku pasti akan menulis dengan laju. Tetapi pada permulaan dahulu aku akan menyiapkan sedikit dahulu. Sebenarnya bukan untuk menipu, tetapi aku takut untuk didenda. Lama kelamaan, aku telah dapat membiasakan diri. Oh.. lupa pula, di sekolah ini aku masih menjadi ahli pusat sumber.


BERSAMA RAKAN DI SMKB
Akhirnya, dari kain biru tua aku telah berjaya memakai kain biru muda. Maksudnya aku telah berada disekolah menengah. Nama sekolah aku ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Banting. Disini, betapa istimewanya batch aku adalah aku dan rakan yang lain merupakan murid tua. Pada tahun pertama sekolah itu dibuka iaitu pada tahun 1999, aku dan rakan lain merupakan budak tingkatan 1 yang pertama. Rasa pelik pun ada kerana terdapat banyak lagi kelas kosong yang tidak digunakan. Disebabkan ayahku telah mendaftarkan aku lambat, ia menyebabkan namaku tidak ada dalam mana-mana kelas. Oleh itu aku telah memilih untuk masuk ke kelas 1 Amanah iaitu satu-satunya kelas yang mengambil subjek tambahan iaitu Bahasa Arab. Opss.... bukan sebab aku pandai bahasa arab. Tetapi aku memilih kelas tersebut kerana aku kenal beberapa murid di dalam kelas tersebut. Di dalam kelasku terdiri daripada semua melayu dan islam. Tapi aku bernasib baik, oleh kerana, ia merupakan tahun pertama sekolah tersebut mengambil pelajar yang mengambil peperiksaan menengah rendah (PMR), jadi kami mempunyai pilihan untuk mengambil subjek bahasa arab itu atau tidak. Akhirnya aku memilih untuk tidak mengambil. Aku juga telah memilih sekali lagi untuk menjadi ahli pusat sumber. Dari ahli biasa sehinggalah aku menjadi ketua. Bukan itu sahaja, aku juga merupakan ahli pengakap. Disebabkan tidak ramai orang, akutelah merasa hampir kesemua jawatan tinggi. Dari bendahari ke setiausaha dan akhirnya menjadi naib pengerusi. Seronoknya ketika itu, kerana aku dan beberapa rakan lain sangat aktif dalam perkhemahan. Pelbagai tempat aku telah pergi dan pelbagai pengalaman aku dapat rasai yang mungkin kini pasti payah untuk aku rasai lagi.

Tup tap tup tap..... akhirnya aku telah naik ke tingkatan 4. Aku telah mengambil jurusan perakaunan dan perdagangan. Buat kali pertamanya kelas aku terdiri daripada bangsa melayu, cina dan india. Tetapi mejoriti rakan sekelasku adalah berbangsa cina. Sedikit sebanyak aku mula dapat menyesuaikan diri. Sejarah besar yang aku dan rakan kelas lain lakukan adalah membuat bendera Malaysia terpanjang disekolah untuk sambutan hari Kemerdekaan. Kami telah datang ke sekolah setiap petang selama seminggu untuk menyiapkan bendera tersebut dan menghias kelas kami. Akhirnya, kami telah menjuarai bagi kategori kelas tercantik. Seronoknya tidak terkira. Ada kalanya, aku juga seperti pelajar-pelajar lain. Aku juga nakal orangnya. Aku mempunyai tempat rahsia untuk belajar, iaitu di tangga sebelah kelasku. Tapi selalunya pasti aku akan ditangkap oleh guru displinku iaitu cikgu Sani. Oleh itu, setiap kali aku di tempat itu, aku akan pastikan Cikgu Sani tiada di tempat berhampiran. Akhirnya, tamat la aku berada di sekolah menengah. Aku sangat merindui saat-saat pada masa itu.


RAKAN SEKELAS TING 6 (SMKTD)
AHLI ASRAMA
Tidak lama selepas itu, aku telah ditawarkan untuk memasuki tingkatan 6 rendah. Tetapi bukan di SMKB. Aku telah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Datok (SMKTD). Di situ, aku telah duduk di asrama. Sekali lagi aku mengalami kejutan budaya kerana ini merupakan kali pertama aku duduk diasrama. Aku juga mengalami pengalaman-pengalaman yang seram seperti setiap orang yang pernah duduk diasrama. Aku juga sedikit bangga apabila diasrama aku merupakan kakak senior dan setiap kali ketika waktu persekolahan jika aku terserempak dengan adik-adik asramaku pasti mereka akan memberi salam. Itu merupakan hormat mereka kepada kita. Bukan itu sahaja, aku juga pernah menonton ala-ala wayang di sekolah. Aku masih ingat lagi ketika itu cerita yang tengah hangat adalah Pontianak Harum Sundal Malam. Ketika itu bagiku cerita tersebut agak seram. Hendak di pendekkan cerita pada malam tersebut, kami semua pergi ke tandas bersama-sama. Hehehe......


Walaupun begitu, tidak lama kemudian aku telah ditawarkan menyambung pengajianku dalam Diploma Perniagaan (Pengurusan) di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Jadi tamatlah sudah sesi persekolahanku. Aku akan pastikan setiap kenangan yang aku pernah lalui akan tersemat dalam ingatanku sampai bila-bila.

Soalan 4 : BR1M 2.0


BR1M 2.0 ialah bantuan rakyat 1Malaysia 2.0 yang berjumlah  diberikan kepada semua  masyarakat Malaysia yang layak menerima dengan memenuhi syarat yang ditetap oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri di dalam lamn web BR1M 2.0 
•   Isi rumah yang layak (RM500):
       (i)       Warganegara Malaysia;
       (ii)      Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan
jumlah  pendapatan kasar bulanan  isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
                  > Berkahwin;
                  > Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke
        bawah;
                  > Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam
        rumah yang sama).
       (iii)     Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan
     ke bawah)  dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah. 
  •   Individu yang layak (RM250):
       (i)       Warganegara Malaysia;
       (ii)      Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21
tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah) dengan jumlah     
pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.

  •   Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.
  •   Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.

BR1M 2.0 Disediakan oleh kerajaan adalah untuk memberi kemudahankan kepada rakyatnya. Sekain kemudahan kepada rakyatnya, ianya juga adalah untuk membantu meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat itu. Walaupun begitu, bukan semua mendapat bahagian yang sama rata. Kerajaaan telah berfikir secara mendalam dahulu sebelum memutuskan bahawa rakyat yang berkeluarga dan mempunyai pendapatan pendapatan isi rumah bawah RM3000 akan mendapat bantuan sabanyak RM500. Manakala bagi individu bujang yang bergaji dibawah RM3000 akan mendapat sebanyak RM250.

Memang jika dilihat, jumlah itu tidak mencukupi. Tetapi bila fikirkan kembali dari mana lagi kita hendak perolehi wang sedemikian secara percuma. Ada pihak yang berasa seronok ketika menerima bantuan berupa wang ini. Tetapi ada juga yang tidak suka apabila kerajaan ingin menolong rakyatnya. Sehinggalah Menteri Besar Kelantan mengatakan bahawa semua orang yang menerima bantuan BR1M 2.0 ini adalah umpama haiwan. Ianya telah mendapat tentangan hebat oleh rakyat dan menyuruh Menteri Besar Kelantan 
memohon maaf diatas percakapan beliau.

Pada pendapat saya,  BR1M 2.0 ini memberikan banyak manfaat kepada rakyat Malaysia cuma terdapat beberapa masalah yang kerajaan perlu prihatin dan perbaiki bagi menangani masalah tersebutnya. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya berterima kasih dan berasa bersyukur terhadap pemberian yang diperolehi. Walaupun saya atau terdapat individu lain yang tidak memperolehi baucar tersebut tetapi kepada penerima yang layak itu dapat mengurangkan bebanan dan membantu serba sedikit keperluan seharian hidup mereka. walaupun tidak banyak tetapi masih dapat membantu sedikit rakyat menjalani hidup. Bantuan BR1M 2.0 ini mungkin tidak Nampak kesannya kepada orang yang berada, tetapi bagi warga miskin, ianya terlalu amat berharga dan selalunya mereka akan menggunakannya sebaik mungkin.

Selain kisah isu-isu yang berlaku, pada pendapat saya cara memberian baucar itu sepatutnya lebih teratur. Ini kerana, tidak tahu silapnya daripada pihak mana. Apabila seorang rakyat Malaysia yang bujang telah menerima baucar RM500 yang sepatutnya diterima oleh golongan berkeluarga gara-gara baucar bernilai RM250 telah habis. Akhirnya, rakyat bujang tersebut tidak dapat mengambil wangnya di bank. Mungkin disini adalah salah daripada pihak yang memberikan baucar tersebut.

Oleh itu, sepatutnya kerajaan memilih atau melatih orang yang benar-benar layak melakukan kerja ini. Jangan hanya orang yang terpaksa melakukan kerja ini. Sebagai pemberi baucar tidak sepatutnya berlaku sedemikan. Ini bukan menyenangkan rakyat, tetapi menyusahkan rakyat kerana terpaksa menunggu lebih la gara-gara untuk mengambil wang. Pegawai-pegawai yang bertugas perlulah dilatih sebaiknya dari segi protokol dan adab.

Walaupun terdapat sedikit negatif disini sana, secara puratanya BR1M 2.0 ini telah banyak membantu rakyat dalam meringankan beban mereka. sekurang-kurangnya mereka boleh menyediakan sesuatu yang istimewa untuk keluarga mereka.  kita sebagai rakyat sepatutnya bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana telah memberi bantuan dalam bentuk wang ini. Mungkin kita lihat ianya sedikit, tetapi cuba kira darabkan RM500 dengan jumlah penduduk Malaysia. Sebenarnya kerajaan itu sendiri telah mengeluarkan berbilion untuk merealisakan bantuan sebegini.

RUJUKAN


Soalan 5 : PETUA ORANG-ORANG DAHULU


Pada kali ini saya ingin berkongsi tentang petua-petua  orang dahulu yang bila difikirkan kembali ianya amat sesuai. Tidak seperti sekarang, terdapat banyak cara moden yang digunakan dan adakalanya sehingga mengeluarkan duit  yang  banyak. Tetapi sebenarnya, terdapat cara-cara atau petua yang lebih senang dan murah. Ini kerana, pada masa dahulu tidak ramai orang yang berada. Oleh itu mereka akan guna barang yang ada disekeliling mereka untuk menyelesaikan masalah yang berlaku. Antara petua-petua yang masih digunakan pada masa sekarang ialah”:

a)      Membuang bubuk pada beras
Mungkin pada masa sekarang, sekiranya beras kita mempunyai bubuk, pasti kita akan membuangnya terus. Tetapi sebenarnya ada cara yang digunakan oleh orang dahulu untuk membuang bubuk yang ada pada beras. Caranya adalah dengan meletakkan beras di dalam besen bertutupkan dengan kain putih. Seelok-eloknya adalah kain lamping budak yang bersih. Kemudian biarkannya selama 1 jam. Selepas itu lihat hasilnya. Bubuk tersebut akan naik kepermukaan kain putih tersebut.

b)      Membuang kelemumur
Memang kita sedia maklum bahawa terdapat banyak shampoo dipasaran kini yang telah diproses untuk membuang dan menghilangkan kelemumur. Walaupun begitu, saya sebagai salah seorang  yang mempunyai kelemumur  yang banyak tetap tidak dapat menghilangkan kelemumur pada rambut saya. Padahal saya telah menggunakan pelbagai jenis produk shampoo danakhirnya, arwah opah saya telah mengajar petua untuk membuang kelemumur iaitu dengan membasahkan kepala dengan santan kelapa. Kemudian, pastikan santan tersebut  rata diseluruh kepala.Selepasitu, biarkannya seketika. Kemudian cucilah kepala itu tadi dengan shampoo yang sesuai. Petua ini perlu diamalkan selalu. Kesannya akan dapat dilihat. Kini rambut saya kembali sihat dan kelemumur pun hilang. insyaALLAH.

c)       Tercekik tulang
Tercekik tulang ni sering terjadi. Tidak kiralah yang tua tau pun yang muda. Adakalanya kanak-kanak pun boleh tercekik tulang dan saya salah seorang yang sering tercekik tulang pada masa kecil. Tak tau la kenapa. Tetapi salah satucara yang terbaik ialah dengan mengepal-ngepal nasi dan terus telan.  Ini merupakan cara yang amat berkesan. walaupunbegitu, pasti akan rasa sedikit tidak selesa kerana kesan daripada tulang itu masih ada dan terasa. Selalunya tulang itu akan terturun sekali dengannasi  yang telah dikepal itu.

d)      Mengurangkan sakit gigi
Sakit gigi amat menyeksakan. Sekiranya kita mengalami sakit gigi, pasti kita tidak dapat membuat apa-apa kerja. Sampai begitulah kesannya apabila kita mengalami sakit gigi. Walaupunbegitu, terdapat beberapa cara untuk menghilangkan rasa sakit iaitu dengan mencampurkan sedikit cuka di dalam segelas air suam. Kemudian gunakan air tersebut untuk berkumur. Sekurang-kurangnya tiga kali sehari sehinggalah sakit gigi itu hilang. Selain cuka air bercampur garam juga boleh dilakukan dan caranya juga adalah sama. Selalunya ia akan berkesan dan kemudian sebaik-baiknya pergilah ke klinik gigi untuk mendapatkan rawatan lebih lanjut.

Berikut adalah serba sedikit petua-petua orang dahulu yang masih digunakan pada mas a sekarang danianya menjadi. Harapianya dapat membantu serba sedikit.

Rujukan: