Tuesday, 14 May 2013

Soalan 2 : PENGEMBARAAN DI MELAKA BANDAR BERSEJARAH


MELAKA BANDAR BERSEJARAH

 Melaka Bandar bersejarah. Bila dengar sahaja Melaka, mesti dalam fikiran kita mata pelajaran sejarah.  Semasa berburu di muara Sungai Bertam, Parameswara ternampak seekor pelanduk menendang salah seekor daripada anjing-anjing pemburunya. Parameswara tertarik dengan kegagahan pelanduk itu lalu beliau memutuskan membina sebuah penempatan di kawasan tersebut. Selepas menanyakan nama pokok (Pokok Melaka) yang diteduhnya, Parameswara menamakan tempat itu "Melaka". Mesti terbayangkan cikgu sejarah kita bercakap macam tukan.

HARI PERTAMA

Tapi sebenarnya, tak dela aku berfikir sampai macam tu sekali. Yang sebenarnya aku cukup teruja nak pergi Melaka kali ini. Mana tidaknya, kali ini adalah pengembaraan keluarga besar Shamsuddin ke Melaka. Opsss….. sebelum terlupa. Shamsuddin tu arwah atuk aku sebelah mak. Semua adik beradik sebelah mak aku dan keluarga mereka turun sekali untuk percutian kali ini.  Kami yang pangkat anak-anak ni telah berbincang dahulu dan merancang perjalanan dengan menggunakan whatsapp sebagai cara kami berhubung.
SESAMPAI DI MELAKA
Akhirnya, hari yang ditunggu telah tiba. Keluargaku merupakan keluarga yang terakhir tiba di Melaka. Tetapi tidak mengapa, aku terlalu teruja untuk meneruskan percutian ini.   Kami mulakan percutian ini dengan makan masak asam di Restoran Hajah Mona. Kita sedia  maklum  bahawa masak asam merupakan salah satu  makanan istimewa di Melaka. Pergh…. Memang sedap. Sangat lazat sehingga menjilat jari. Macam tulah rasanya.  Pada mulanya, aku bermnolog di dalam hati, sedap sangat ke sampai tiada tempat letak kereta dan penuh dengan orang. Rupa-rupanya memang sangat sedap Cuma mungkin pekerjanya agak malas kerana asyik dengan telefonnya sahaja. Kami semua panas hati melihat adegan itu. Takpelah, abaikan bahagian itu.
RESTORAN HAJAH MONA

JONKER WALK STREET
 Selepas kami selesai makan malam, pada mulanya aku ingat kami akan ke homestay dan aktiviti kami akan bermula esok. Rupa-rupanya salah seorang makcikku telah membuat rancangan pada malam itu. Selepas selesai  makan, kami telah berjalan  kaki beramai-ramai ke Jonker Walk Street. Mesti ramai tertanya-tanya apa itu Jonker Walk Street? Pada mulanya, aku pun tidak tahu apa itu Jonker Wlak Street. Tetapi, sampai sahaja aku di situ. Wahh… seronoknya.  Mesti ada yang terfikir, apa yang seronok sangat? Sebab disekeliling aku penuh dengan kedai yang menjual pelbagai jenis barang dan semuanya cantik dan comel. Aku pula merupakan seorang yang sangat suka berjalan di tempat sebegitu.  Aku pasti akan berhenti disetiap kedai danmembeli barang-barang yang aku rasakan unik dan pelik. Jadi kami semua telah berjalan hampir satu jam lebih dan akhirnya kami telah pergi ke tepi sungai dan mengambil gambar. Ini hanya merupakan permulaan gambar-gambar kami. Ini kerana, kami semua amat suka mengambil gambar  dan pasti kami akan berlari untuk memastikan diri kami ada didalam setiap gambar. Bilaku fikirkan kembali ianya agak lawak.


BERSEBELAHAN SUNGAI MELAKA

 Akhirnya kami pun pulang ke homestay. Setelah penat berjalan-jalan, aku dan yang lain bersiap sedia untuk tidur keran perjalan esok  pasti akan lebih menyeronokkan dan memenatkan. Tetapi , oleh kerana kami yang peringkat sepupu ini sudah lama tidak berjumpa, aku dan yang lain telah tidur agak lewat. Kami telah bercerita dan adakalanya membuat lawak sehinggalah salah seorang  makcikku memarahi kerana kami terlalu bising dan menganggu orang lain tidur.  Akhirnya, setelah dimarahi kerana mengganggu ketenteraman orang lain, kami pun tidur dengan nyenyaknya.


HARI KEDUA

MEE BODOH
“Bangun….bangun…..bangun….tu  la…semalam suruh tidur awal…..ter cet..cet…tercet…..cet…kan dah liat nak bangun” kata salah seorang makcikku mengejutkan kami. Dengan rasa ngantuk yang berbaki dan malas kami bangun juga sebab pagi ini kami akan pergi sarapan di kedai mee bodoh. Mesti semua pelik lagi. Apasal pula nama nya mee bodoh. Nama kedainya lain tetapi disebabkan mee bodohnya itu dikatakan sangat sedap dan cepat siapnya. Selepas semuanya sudah siap sedia, kami pun bergerak menuju ke kedai MEE BODOH. Seperti kanak-kanak tabika, setibanya kami semua di kedai makan itu, semuanya menjadi bising dan riuh. Adakalanya sudah seperti  anak burung menunggu ibunya memberi makan.

SARAPAN PAGI
Selepas selesai makan, kami pun meneruskan perjalanan kami ke Bandar Melaka. Mula-mula kami telah pergi ke Melaka River Cruise. Terujanya kami ketika itu. Semuanya sudah tidak sabra untuk menaiki bot yang telah disediakan. Bukannya tidak pernah naik bot sebelum ini tetapi apabila menaiki  beramai-ramai sedemikian, seronok la rasanya.  Melaka River Cruise ini mempunyai jarak 9 km dan mengambil masa  selama 45 minit untuk satu perjalanan penuh.  Melaka River Cruise ini akan membawa kita menyusuri  Sungai Melaka sambil melihat keindahan disekelilingnya yang terdiri daripada bangunan dan rumah-rumah kedai peninggalan era Belanda, rumah-rumah tradisional melayu dan seni-seni yang sangat menarik. Sambil aku melihat keindahan yang ada didepanku tiba-tiba salah seorang adik sedaraku menyanyi dengan kuatnya. Lama kelamaan kami semua turut menyanyi sekali. Bukannya kami tidak malu, tetapi hampir kesemua yanag ada di atas bot tersebut adalah terdiri daripada ahli keluarga besarku.  Oh bukan itu sahaja yang kami lakukan. Apa lagi, aku dan yang lain tidak berhenti-henti mengambil gambar.

MELAKA RIVER CRUISE
Selepas kami penat menaiki bot.bukanlah penat sangat, tetapi selepas kami selesai menaiki bot, kumpulan ibu-ibu telah pergi nke kedai untuk membeli barang. Cenderahati katanya. Bagi kami yang anak-anak ini pula, seronoklah kerana boleh minta ibu dan ayah belanja. Kami telah berjalan dari satu kedai ke satu kedai. Kami mula pergi ke dataran pahlawan dan akhirnmya ke Melaka Parade. Selepas kami penat membeli belah, kami pun meneruskan agenda seterusnya iaitu menaiki  Menara Taming Sari. Di atas Menara Taming Sari, kami dapat melihat keindahan Negeri Melaka dari sisi atas. Sangat cantik.  Turun sahaja kami daripada Menara Taming Sari, kami telah berjalan-jalan di taman berhampiran. Apa lagi….gambar…gambar dan gambar. Dah rasa macam artis terkenal sahaja. Tetapi sehingga suatu keadaan, tiba-tiba kami semua telah menyorak kuat. Kami ingatkan ada artis Bollywood datang untuk perfileman. Rupa-rupanya  kedua pak andak dan mak andakku membuat ‘posing’  seperti ala-ala Bollywood di atas keretapi yang ada disitu. Antara banyak-banyak gambar yang ada, adegan tersebut adalah salah satu gambar yang terbaik. Selepas 
PAK ANDAK & MAK ANDAK
SEPUPUKU
selesai berjalan-jalan kam pun siap sedia untuk pergi makan malam. Pada mulanya aku tidk tahu dimana kami akan makan, rupa-rupanya kami pergi makan ikan bakar. Tidak perlu dikeluarkan dengan kata-kata. Hanya melihat wajahku ketika itu telah menunjukkan betapa sedapnya. Tapi mungkin aku yang lapar…hahahaha…Seperti biasa, aura artisku dan yang lain telah keluar sekali lagi. Masa untuk bergambar. Chak…chak…chak…. Akhirnya makan kami pun tiba. Diketuai bacaan doa makan oleh abangku lalu kami pun mula makan dengan gembiranya. Pelbagai jenis lauk yang telah kami pilih. Ikan bakar, sotong salut tepung, otak-otak, nasi lemak, udang salut tepung dan banyak lagilah. Selepas kami selesai makan malam, kami pun pulang ke homestay untuk bersiap sedia bagi acara seterusnya. Bak kata orang ‘malam masih muda’. Opss jangan salah sangka. Aktiviti seterusnya adalah  bermain bowling. Semua ahli keluargaku akan bermain. Tidak kiralah tua ataupun muda.  Yang paling tidak disangka adalah maklangku yang telah lama tidak bermain tiba-tiba mendapat ‘strike’ ketika balingan bola pertama. Riuh seketika dikawasan bowling dengan suara kami. Pelbagai  gelagat dan gaya membaling bola dapatku lihat. Ada yang seperti pro da nada juga yang seperti membaling barang.
Suara kami riuh sekali lagi apabila salah seorang adik sedaraku yang pada mulanya penuh gaya seperti pro bertukar menjadi sebaliknya apabila bola yang dipegangnya itu terbalik ke belakang. Bukan hanya kami yang terkejut dengan keadaan itu, dia juga terkejut. Akhirnya, ianya telah menjadi bahan kami sepanjang malam itu. Akhirnya setelah bertungkus lumus kononya, aku telah berjaya mendapat tempat ke 4 dari kesemua ahli keluargaku. Ketika kami ingin pulang ke homestay, aku dan yanglain telah mencadangkan untuk pergi ke kedai mamak untuk minum. Klu orang ramai kata ‘ngeteh’.  Sebenarnya malam tersebut adalah malam terakhir percutian kami. Oleh itu, mak tehku telah menyediakan sedikit hadiah  untuk memeriahkan lagi majlis. Aku telah mendapat hadiah tempat ke lima bowling.  Hadiah paling terbaik adalah hadiah paling “spoting” yang dimenangi oleh maklangku. Sebungkus besar honeystar. 


TUNGGU TURN MAIN BOWLING
SUASANA RIUH
GAYA 'PRO'
Dan akhirnya, kami telah pulang ke homestay. Tetapi pada malam itu au dan dua adi sedaraku telah merancang untuk tidur di homestay kedua. Saja untuk lepak lebih lama bersama sepupu yang lain. Sebelum tidur pada malam itu, sekali lagi kami telah berbual sehingga lewat malam dan akhirnya kami terlelap kerana keletihan.
SESI PENYAMPAIAN HADIAH
Keesokkan harinya, kami agak liat bangun kerana telah tidur lewat.tetapi kami gagahkan juga. Selepas siap semua, kami telah mengemas pakaian dan sebagainya kerana pada hari itu kami semu akan pulang ke rumah masing-masing. Walaupun begitu, sebelum kami semua berpisah dan menuju ke destinasi masing-masing, sekali lagi kami telah pergi ke Restoran Haji Senin untuk makan kari kepala ikan. Orang kata, makanan disitu sedap dan betullah kata-kata itu. Memang benar-benar sedap. Setelah selesai makan, kami punbersiap sedia untuk pulang ke rumah. Sedihnya aku rasa kerana amat sukar untuk kami semua dapat berkumpul sebegini. Selalnya apabila kami rancang pasti ada yang tidak dapat pergi kerana urusan kerja, sekolah, belajar dan macam-macam. Aku harap, kami akan dapat berkumpul sebegini lagi dilain masa. Pada masa itu, aku akan pastikan yang kami akan merancang untuk pergi ke tempat yang lebih jauh dan lebih menyeronokan.

MAKAN TENGAHARI SEBELUM PULANG
MEMORI YANG TIDAK AKAN DILUPAKAN
KELUARGA BESAR SHAMSUDDIN
-MEMORI TERINDAH-

No comments:

Post a Comment