Tuesday, 14 May 2013

Soalan 5 : PETUA ORANG-ORANG DAHULU


Pada kali ini saya ingin berkongsi tentang petua-petua  orang dahulu yang bila difikirkan kembali ianya amat sesuai. Tidak seperti sekarang, terdapat banyak cara moden yang digunakan dan adakalanya sehingga mengeluarkan duit  yang  banyak. Tetapi sebenarnya, terdapat cara-cara atau petua yang lebih senang dan murah. Ini kerana, pada masa dahulu tidak ramai orang yang berada. Oleh itu mereka akan guna barang yang ada disekeliling mereka untuk menyelesaikan masalah yang berlaku. Antara petua-petua yang masih digunakan pada masa sekarang ialah”:

a)      Membuang bubuk pada beras
Mungkin pada masa sekarang, sekiranya beras kita mempunyai bubuk, pasti kita akan membuangnya terus. Tetapi sebenarnya ada cara yang digunakan oleh orang dahulu untuk membuang bubuk yang ada pada beras. Caranya adalah dengan meletakkan beras di dalam besen bertutupkan dengan kain putih. Seelok-eloknya adalah kain lamping budak yang bersih. Kemudian biarkannya selama 1 jam. Selepas itu lihat hasilnya. Bubuk tersebut akan naik kepermukaan kain putih tersebut.

b)      Membuang kelemumur
Memang kita sedia maklum bahawa terdapat banyak shampoo dipasaran kini yang telah diproses untuk membuang dan menghilangkan kelemumur. Walaupun begitu, saya sebagai salah seorang  yang mempunyai kelemumur  yang banyak tetap tidak dapat menghilangkan kelemumur pada rambut saya. Padahal saya telah menggunakan pelbagai jenis produk shampoo danakhirnya, arwah opah saya telah mengajar petua untuk membuang kelemumur iaitu dengan membasahkan kepala dengan santan kelapa. Kemudian, pastikan santan tersebut  rata diseluruh kepala.Selepasitu, biarkannya seketika. Kemudian cucilah kepala itu tadi dengan shampoo yang sesuai. Petua ini perlu diamalkan selalu. Kesannya akan dapat dilihat. Kini rambut saya kembali sihat dan kelemumur pun hilang. insyaALLAH.

c)       Tercekik tulang
Tercekik tulang ni sering terjadi. Tidak kiralah yang tua tau pun yang muda. Adakalanya kanak-kanak pun boleh tercekik tulang dan saya salah seorang yang sering tercekik tulang pada masa kecil. Tak tau la kenapa. Tetapi salah satucara yang terbaik ialah dengan mengepal-ngepal nasi dan terus telan.  Ini merupakan cara yang amat berkesan. walaupunbegitu, pasti akan rasa sedikit tidak selesa kerana kesan daripada tulang itu masih ada dan terasa. Selalunya tulang itu akan terturun sekali dengannasi  yang telah dikepal itu.

d)      Mengurangkan sakit gigi
Sakit gigi amat menyeksakan. Sekiranya kita mengalami sakit gigi, pasti kita tidak dapat membuat apa-apa kerja. Sampai begitulah kesannya apabila kita mengalami sakit gigi. Walaupunbegitu, terdapat beberapa cara untuk menghilangkan rasa sakit iaitu dengan mencampurkan sedikit cuka di dalam segelas air suam. Kemudian gunakan air tersebut untuk berkumur. Sekurang-kurangnya tiga kali sehari sehinggalah sakit gigi itu hilang. Selain cuka air bercampur garam juga boleh dilakukan dan caranya juga adalah sama. Selalunya ia akan berkesan dan kemudian sebaik-baiknya pergilah ke klinik gigi untuk mendapatkan rawatan lebih lanjut.

Berikut adalah serba sedikit petua-petua orang dahulu yang masih digunakan pada mas a sekarang danianya menjadi. Harapianya dapat membantu serba sedikit.

Rujukan:

No comments:

Post a Comment